Peruntukan RM100,000 bina kemudahan di Jeram Enggang

Peruntukan RM100,000 bina kemudahan di Jeram Enggang

BAKRI Sawir (kiri) dan Kasim (dua dari kiri) melepaskan benih ikan pada Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum di Jeram Enggang, Ulu Jelebu, Jelebu hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membina kemudahan infrastruktur di kawasan Jeram Enggang, Ulu Jelebu dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir berkata, kemudahan yang akan dibina adalah seperti sebuah dewan terbuka dan tandas. 

“Kami telah membawa pelbagai agensi bagi melihat sendiri kawasan ini agar dapat dijadikan lokasi pelancongan.

“Kawasan ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi ekopelancongan kerana kejernihan air jeram yang masih terjaga selain kawasan ini juga merupakan laluan ke Gunung Telapak Buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum di Jeram Enggang, Ulu Jelebu di sini hari ini.

Dalam program berkenaan, sebanyak 15,000 benih ikan lampam sungai dan terbul dilepaskan di Sungai Jeram En ggang bagi memulihara sumber dan biodiversiti kepelbagaian spesies ikan asli sedia ada di situ. 

“Melalui pelepasan benih ikan ini di harap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan memulihara sumber dan biodiversiti perikanan darat khususnya di Sungai Jeram Enggang untuk generasi akan datang,” kata Bakri lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, pelepasan benih ikan itu merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh pihaknya sebagai langkah memastikan stok ikan darat sentiasa ada. 

“Kami juga mahu mengingatkan orang awam juga supaya tidak menyebabkan kemusnahan habitat dan sumber perikanan sedia ada di sungai ini. Kaedah menangkap ikan seperti menuba, mengebom, mengaran dan memanah adalah tidak dibenarkan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya