Perkenal segera dasar, inisiatif tingkat penggunaan kenderaan elektrik

Perkenal segera dasar, inisiatif tingkat penggunaan kenderaan elektrik

ZAIRIL Khir Johari dan Datuk Bandar MBPP, Ar Yew Tung Seang menaiki motosikal elektrik ketika merasmikan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sekitar Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Pusat perlu memperkenalkan dasar dan inisiatif sokongan seperti konsesi cukai untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, ini kerana berdasarkan laporan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), kira-kira 20 peratus daripada semua kenderaan di jalan raya Asia Tenggara akan menggunakan EV termasuk 59 juta kenderaan dua dan tiga roda serta 8.9 juta kenderaan empat roda menjelang 2025. 

Menurut beliau, walaupun kerajaan Pusat telah mengumumkan beberapa insentif namun ia tidak mencukupi dan langsung tidak merangkumi motosikal elektrik sedangkan motosikal elektrik adalah cara paling mudah untuk menceburi pasaran EV. 

“Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan Pusat merangka dasar bagi motosikal elektrik dengan segera agar kita tidak ketinggalan berbanding negara-negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, akan berlaku peningkatan dalam penggunaan EV memandangkan rantau Asia Tenggara mempunyai penduduk sekitar 661 juta orang. 

Malah Pulau Pinang juga kata beliau, mempunyai potensi yang luas dalam penggunaan e-motosikal kerana lebih menjimatkan kos dan menggalakkan kepelbagaian produk ke dalam pasaran. 

“Ini adalah realiti terutamanya bagi perkhidmatan e-peruncitan dan penghantaran makanan yang dijangka akan memacu pertumbuhan pasaran dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu Zairil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan dan menggalakkan pengeluar e-motosikal tempatan dan syarikat penghantaran barangan atau makanan utama untuk menjalankan usahasama tersebut di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya