Penolong pegawai perubatan Hospital Sungai Siput maut nahas dua kereta - Utusan Malaysia

Penolong pegawai perubatan Hospital Sungai Siput maut nahas dua kereta

KEADAAN dua buah kereta yang terlibat nahas mengorbankan penolong pegawai perubatan Hospital Sungai Siput di Kilometer 33, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sungai Siput maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kilometer 33, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mangsa, Norazly Zakaria, 38, yang memandu kereta jenis Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menamatkan kerja pada sebelah malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 7.50 pagi di mana kemalangan membabitkan dua buah kereta Perodua Axia.

Katanya, siasatan awal mendapati, nahas berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah Perodua Axia dipandu wanita berusia lingkungan 40-an yang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala wanita itu pula patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya