Peniaga telefon didakwa memandu bahayakan konvoi polis  - Utusan Malaysia

Peniaga telefon didakwa memandu bahayakan konvoi polis 

Seorang peniaga telefon bimbit, Tan Wei Meng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga membahayakan konvoi polis di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memandu  melulu sehingga membahayakan konvoi polis pada awal bulan ini.

Tan Wai Meng, 29, yang menjalankan perniagaan di Singapura mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Zuhainie Zull Kafli.

Mengikut pertuduhan, Wai Meng didakwa memandu kereta dengan cara memotong  laju di sebelah kiri sehingga membahayakan konvoi polis dan orang awam yang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 4.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke pusat bandar Johor Bahru pada pukul 9.45 pagi, 7 Jun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya