Penghantar makanan didenda RM10,000 hantar bahan lucah

Penghantar makanan didenda RM10,000 hantar bahan lucah

MUHAMMAD Khair didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah, dua tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi media sosial, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Muhammad Khair didakwa menggunakan platform media sosial Instagram secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah, di sini pukul 8.50 pagi pada 25 Januari 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Sebelum menjatuhkan hukuman, Che Wan Zaidi meminta bilik pendakwaan dikosongkan kecuali tertuduh dan pihak pendakwaan bagi memaparkan video dan gambar kejadian bagi tujuan pengesahan dilakukan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana hanya bekerja sambilan dan menanggung ibu serta adiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya