Pemimpin UMNO tak setuju PRU-15 segera baik duduk diam - Nur Jazlan

Pemimpin UMNO tak setuju PRU15 segera baik duduk diam – Nur Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menempelak pemimpin yang menolak hasrat majoriti ahli parti berkenaan yang mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.

Menurut beliau, sikap tersebut jelas menunjukkan keperibadian pemimpin berkenaan yang lebih memikirkan kepentingan sendiri, bukan kepentingan parti.

Katanya, sekarang adalah masa  sesuai untuk PRU-15 diadakan kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada dalam momentum terbaik serta diyakini rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor.

“Saya memang pelik dengan sikap beberapa Ahli Parlimen UMNO seperti Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Raham yang beriya-iya sangat tak mahu PRU15 dibuat segera. 

“Apa yang mereka takutkan, takut kalah atau takut hilang gaji sebagai Ahli Parlimen. Sepatutnya bila parti sudah menyatakan pendirian mahu PRU-15 disegerakan, mereka kenalah beri sokongan padu demi kepentingan parti dan bukannya mahu menjaga tembolok sendiri.

“Di saat negara dan rakyat mula yakin bahawa BN mampu mengembalikan kestabilan, semua pihak sepatutnya memberikan idea atau cadangan bagaimana mahu memperkuat jentera parti berdepan lawan pada PRU-15 nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya