Pemandu teksi didakwa pukul kenalan - Utusan Malaysia

Pemandu teksi didakwa pukul kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memukul dua kenalannya, April lalu.

K. Ramani, 44, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Hairolazhar Mohd Ishak.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Ogos ini untuk fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan dengan memukul dua lelaki berusia 57 tahun di sebuah flat di Damansara pukul 5 petang, 1 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Ab. Manaff mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dia diberi ikat jamin pada kadar rendah.

“Saya masih bujang, perlu jaga ibu dan saya minta maaf, janji tidak akan buat kesilapan itu,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya