Pelabuhan antarabangsa baharu pacu ekonomi Sabah

Pelabuhan antarabangsa baharu pacu ekonomi Sabah

BUNG Moktar Radin (kanan) semasa simbolik pengisytiharan rasmi pelabuhan POIC di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pelabuhan antarabangsa yang akan dibangunkan di Kudat, Sabah pada tahun depan dilihat akan melonjakkan lagi ekonomi Sabah pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pada masa ini kajian sedang dilakukan bagi membangunkan pelabuhan berkenaan.

“Apabila kita buka pelabuhan di Kudat, pesaing kita di Pelabuhan Klang, Hong Kong dan Singapura akan merasa tergugat kerana pelabuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan pelabuhan antarabangsa di seluruh dunia.

“Kita akan terjemahkan pada tahun depan sebagai permulaan. Pembukaan pelabuhan antarabangsa ini dijangka akan melonjakkan lagi ekonomi Sabah,” katanya semasa majlis pengisytiharan rasmi Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, semalam.

Menurut beliau, pembangunan Pelabuhan Kudat itu akan turut membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Mengenai Pelabuhan POIC, Lahad Datu, beliau berkata, pelabuhan itu berpotensi untuk dikembangkan dan sehingga kini, pelaburan yang dicatatkan di POIC mencecah RM3.5 bilion.

Bung Moktar, yang juga Menteri Kerja Raya itu berkata, kedudukan Pelabuhan POIC berada di laluan perdagangan Selat Lombok-Makkasar yang semakin berkembang dan ia menjadikan POIC Lahad Datu sebagai hab logistik terbaik kepada syarikat antarabangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Lahad Datu juga sedang dalam perancangan.

“Cadangan pembinaan lapangan terbang ini termasuk dalam Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diumumkan pada tahun lalu namun, tapak sedang diteliti dan kajian kemungkinan juga akan dijalankan.

“Kita cuma menunggu perancangan di peringkat negeri dan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan pembinaan lapangan terbang tersebut,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya