Peja sedia berdepan Aziz Bari di Parlimen Tambun - Utusan Malaysia

Peja sedia berdepan Aziz Bari di Parlimen Tambun

AHMAD Faizal Azumu (kanan) beramah mesra bersama pemain bola jaring pada program MSL peringkat Daerah Kinta di X Park Sunway City Tambun, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sedia berdepan Ketua Pembangkan Perak, Dr. Abdul Aziz Bari yang menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahmad Faizal yang merupakan Ahli Parlimen Tambun berkata, sesiapa sahaja boleh bertanding di Parlimen Tambun kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

“Beliau (Abdul Aziz) bukan nak lawan saya seorang sahaja, dia nak lawan semua sebab dia rasa orang paling hebat di dunia.

“Kita di Malaysia mengamalkan demokrasi, jadi bukan sahaja Aziz Bari (bertanding), isteri dia pun boleh bertanding sekali, kita galakkan, kalau nak bertanding tiada masalah.

“Cuma yang penting dalam berpolitik  jangan memburukkan orang dengan cara yang tak baik.

“Jangan terlalu taksub sehingga boleh menjejaskan perpaduan, ada adab yang perlu dijaga dengan baik supaya akhirnya kita berpolitik bukan terlalu untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Kinta di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan hasrat Abdul Aziz untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15 kerana yakin mampu membawa kemenangan kepada PH.

Namun, PKR dan Amanah membantah perkara itu malah PKR Cabang Tambun dengan tegas menyatakan bahawa parti itu tidak akan memberi laluan kepada Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya