Parti lain cuba bunuh karakter Muhyiddin - Wan Saiful

Parti lain cuba bunuh karakter Muhyiddin – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti-parti lain cuba membunuh karakter Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat satu-satunya tokoh yang mampu memberi saingan untuk menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pada masa ini tokoh yang menjadi sasaran utama parti-parti lain adalah Presiden Bersatu itu.

Namun, katanya, ia bukan sesuatu yang pelik kerana Muhyiddin adalah tokoh yang dilihat menyaingi dan memberi cabaran serta mempunyai kreadibiliti menjadi Perdana Menteri.

“Jadi tidak hairan jika parti-parti lain ingin membunuh karakter Muhyiddin. Ini yang cuba dilakukan sekarang.

“Bagaimanapun, saya melihat Bersatu semakin diterima, parti kita semakin kuat jadi kita akan terus memastikan sambutan baik ini diterjemah sebagai undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya di sini semalam.Wan Saiful berkata, beliau tidak menolak pembentukan ‘khemah besar’ menjelang PRU-15 kerana kestabilan politik mampu dicapai menerusi satu bentuk gabungan tidak kira rasmi atau sebaliknya.

MUHYIDDIN YASSIN

Beliau menyerahkan kepada Muhyiddin untuk mengetuai perbincangan kerana pada masa ini Bersatu sedia bertemu dengan pihak-pihak yang mahu berbincang bagi membentuk kerjasama demi kestabilan politik negara.

Mengenai kemungkinan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Perjuang), beliau berkata, setakat ini belum ada perbincangan mengenai hubungan bersama Pejuang dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan  mengenai perkara tersebut. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN