Pahang iktiraf 78 guru silat sebagai Pendekar Pahang sejak 2003 

Pahang iktiraf 78 guru silat sebagai Pendekar Pahang sejak 2003 

TENGKU HASSANAL Ibrahim Alam Shah (tengah) bergambar bersama penerima  Anugerah Selempang Pendekar Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail Paya Besar di Kuantan, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri mengiktiraf 78 guru silat di negeri ini sebagai Pendekar Pahang berikutan jasa mereka dalam perkembangan dunia kependekaran Melayu Nusantara. 

Yang Dipertua Persatuan Silat Negeri Pahang (Pesaka Pahang), Datuk Md. Sohaimi Mohamed berkata, anugerah selempang Pendekar dikurniakan kepada guru-guru silat yang telah menurunkan ilmu kependekaran kepada generasi secara berterusan dan berkembang sehingga sekarang. 

Menurutnya, penganugerahan Selempang Pendekar Pahang bermula 2003 apabila Almarhum Sultan Ahmad Shah mengangkat status guru silat yang berjasa kepada pemantapan institusi diraja, maruah bangsa dan kemajuan syiar Islam. 

“Ini kerana setiap falsafah perguruan silat dengan tegas mengajak ahli silat mempertahan kedudukan Islam, bangsa dan raja-raja Melayu,” katanya selepas Majlis Santapan Amal Diraja Pesaka Pahang dan Anugerah Selempang Pendekar Pahang Guru-Guru Silat Negeri Pahang 2022 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail Paya Besar di sini. 

Majlis disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah ibni Al- Sultan Abdullah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Md. Sohaimi berkata, di negeri ini terdapat 125 perguruan silat yang berdaftar dengan Pesaka Pahang dan bergerak aktif mengembangkan persilatan Melayu Pahang. 

Beliau berkata, anugerah Selempang Pendekar Pahang diharap menjadi pemangkin kepada perguruan silat itu mengembangkan ilmu persilatan kepada generasi baharu. 

Guru Silat Lenggang Mak Janda, Salehuddin Yaacob, 82, mengaku teruja mendapat pengiktirafan Pendekar Pahang dari kerajaan negeri dan Istana Pahang. 

Menurutnya, Silat Lenggang Mak Janda begitu unik dan hanya wujud di Chenor, Maran para era awal kesultanan Pahang moden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya