Paderi didakwa atas 17 pertuduhan rogol, cabul remaja - Utusan Malaysia

Paderi didakwa atas 17 pertuduhan rogol, cabul remaja

Kok Chaw Fatt (dua dari kiri) menutup mukanya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub di Raub, Pahang. - UTUSAN/AZIZAH SHAFIEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Raub: Seorang paderi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini  hari ini atas 17 pertuduhan mencabul dan merogol seorang remaja perempuan bermula Disember 2019 hingga Februari 2022.

Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64,  mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa pada Disember 2019 bertempat di sebuah gereja di Bentong mencabul remaja perempuan berusia 17 tahun 2 bulan ketika itu.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama pada mangsa sama pada Mei 2020 di sebuah rumah di Taman Anggerik Height di Bentong.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa pada Jun 2020 melakukan perbuatan sama serta oral seks terhadap mangsa di sebuah rumah di Taman Shahbandar Height di Bentong.

Chaw Fatt didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebat bagi setiap pertuduhan.

Dalam pertuduhan seterusnya, pada Januari hingga Jun 2021 dan Januari hingga Februari 2022, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di sebuah rumah di Taman Shahbandar Height di Bentong.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Ahmad Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,500 iaitu RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sekali sebulan di balai polis berdekatan, menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya