Orang sekarang banyak penyakit - Ramlah Ram terima gangguan seksual

Orang sekarang banyak penyakit – Ramlah Ram terima gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ramlah Ram mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.

Penyanyi berusia 57 tahun itu mendedahkan, selain mesej, dia juga ada menerima gambar-gambar ‘tak senonoh’ daripada individu tidak dikenalinya.

“Orang sekarang banyak penyakit. Yang hantar benda-benda begini, mereka ini tak betul rasanya.

“Sebenarnya, saya sudah hadap sejak dulu lagi. Dahulu lagi teruk, orang hantar macam-macam. Yang ikut sampai depan rumah pun ada.

“Saya ambil pendekatan untuk tidak layan kerenah-kerenah begini. Ia akan tetap ada. Makin layan, makin menjadi. Mungkin mereka ini mahukan perhatian,” kongsinya.

Ramlah berkata demikian ketika ditemui pada Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 Sabtu lalu

Dalam pada itu, Ramlah juga tidak menafikan bahawa dirinya juga pernah berdepan orang-orang yang cuba mendekati dan mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Saya tidak nafikan, sebagai selebiriti, memang akan alami perkara-perkara sebegitu.

“Siapa yang suka dengan orang yang nak ambil kesempatan terhadap diri kita? Lebih baik hidup solo.

“Tengok cara pun kita boleh tahu. Jadi saya memang tak akan layan,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Diam-Diam Jatuh Cinta ini berkata dia tidak pernah menolak jodoh.

Cuma katanya, kalau jodoh sampai, dia akan maklumkan.

“Kita tak tahu jodoh kita. Tuhan yang tentukan. Saya tak menolak. Tapi untuk saya terlalu memikirkan tentang itu pun, tidak.

“Kalau hati terbuka, maknanya jodoh sudah sampai. Perkara baik akan saya kongsikan. Apa yang saya harapkan, Tuhan aturkan yang terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya