Noh Omar tinjau operasi Coop Food UK

Noh Omar tinjau operasi Coop Food UK

noh omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar telah mengadakan sesi tinjauan mesra atau walkabout dan lawatan santai ke Baker’s Street di sini bagi melihat dari
dekat operasi Coop Food UK.

Coop Food UK menjalankan aktiviti perniagaan membabitkan makanan, minuman dan pelbagai barangan keperluan harian serta peribadi lain secara kaedah grab and go.

Keunikan kedai Coop Food UK ini ia turut menyediakan perkhidmatan kedai kopi mini dengan jenama Coop Ever Ground Coffee.

Kebanyakan outlet dan operasi Coop Food UK adalah di dalam stesen keretapi bawah tanah atau tube di United Kingdom (UK).

Sistem pembayaran di Coop Food UK juga 100 peratus adalah secara digital dan tanpa sentuhan iaitu melalui do it yourself (DIY).

Dengan memiliki 50 outlet di seluruh UK dan tema a helping hand for you & your community, Coop Food UK menguasai 6.6 peratus pasaran runcit di negara itu.

Sesi tinjauan itu bertujuan mempelajari kaedah perniagaan koperasi tersebut dan kemungkinan untuk diperkenalkan dan dijadikan model perniagaan oleh koperasikoperasi di negara ini.

Hadir mengiringi Noh dalam tinjauan itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron; Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa, Datuk Abdullah Jusoh dan pegawai daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan  Koperasi serta SKM. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya