MyFundAction bantu warga emas, golongan asnaf - Utusan Malaysia

MyFundAction bantu warga emas, golongan asnaf

HARIZ Danial Safruddin (kanan) menyerahkan sumbangan kotak makanan dari MyFundAction kepada penerima dalam Program Kunjungan Mesra Kasih Masyarakat Kariah Tengkek di Masjid Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin di Tengkek, Batu Kikir, Kuala Pilah, semalam. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 100 orang terdiri daripada warga emas dan golongan asnaf di bawah Kariah Tengkek, Batu Kikir di sini menerima bantuan barangan makanan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction.

Pengurus program MyFundAction, Hariz Danial Safruddin berkata, sumbangan tersebut termasuk melibatkan penduduk di Kampung Guntur di sini yang kesemuanya terdiri daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Program ini juga merupakan kesinambungan bantuan perumahan kepada seorang penduduk di kampung ini pada dua tahun lalu yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di pondok.

“Pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menyantuni penduduk yang lain di kampung ini termasuk sepasang suami isteri warga emas yang tinggal bersama anak mereka yang menghidap sawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kunjungan Mesra Kasih Masyarakat Kariah Tengkek di sini semalam.

Menurut Hariz Danial, menerusi program tersebut setiap keluarga yang disantuni menerima sumbangan kotak makanan seperti beras dan makanan asas lain.

“Kami mempunyai beberapa perancangan bagi membantu komuniti kampung termasuk dalam  bidang pertanian dan penternakan.

“Perancangan sudah ada dan fokus kami adalah untuk mencari peluang membantu asnaf yang berpotensi dan berminat termasuk program pembangunan agrikultur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya