(MoU) antara kerajaan tiada tarikh tamat

MoU dengan pembangkang tiada tarikh tamat

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai tarikh tamat.

Sebaliknya, persefahaman yang dicapai adalah mengenai tarikh supaya Parlimen tidak dibubarkan sebelum 31 Julai.

Itu penjelasan Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksanaan MoU, Tan Sri Annuar Musa mengenai tarikh tamat MoU bersama PH.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, MoU antara ahli-ahli Parlimen termasuk kerajaan dan pembangkang tidak mempunyai sebarang tarikh tamat, ia satu MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubuarkan, tiada tarikh akhir.

“Itu fakta yang elok difahami, yang ada deadline itu satu persefahaman bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai tapi, sokongan kepada Perdana Menteri berterusan oleh pihak kerajaan dan pembangkang sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya semasa menghadiri majlis makan malam sempena mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebaik sahaja MoU tamat pada akhir bulan Julai.

Melalui MoU yang ditandatangani pada 13 September tahun lalu antara kerajaan Persekutuan dan PH, kedua-dua pihak bersetuju membentuk kerjasama dwipartisan membabitkan pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Mengulas lanjut katanya, beliau sependapat dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri bahawa PRU-15 perlu disegerakan dan tidak perlu dilewatkan, sebaik sahaja BN bersedia.

Apabila menyebut siap siaga, ia mengambil kira banyak sudut yang membabitkan kesiapsiagaan organisasi, pengolahan data, pembiayaan serta dari sudut masyarakat dan rakyat.

“Kalau kita buat (PRU) dalam keadaan rakyat tengah susah, kita pula mendahulukan pilihan raya, rakyat pasti rasa tidak senang hati. Ini semua perlu dinilai secara terperinci,” katanya.

Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri bersama Top 5 UMNO untuk menentukan pembubaran Parlimen dan tarikh PRU-15.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pemimpin di peringkat pertengahan dan bawah perlu terus memperkukuh permuafakatan dan sentiasa mendekati mahupun memperhebatkan perkhidmatan kepada rakyat kerana pada akhirnya, rakyat yang akan menentukan. —UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya