Misi cari empat mata belum padam

Misi cari empat mata belum padam

BINTANG tengah Malaysia, Nik Akif Syahiran Nik Mat (kiri) bersaing dengan pemain Korea Selatan, Hong Hyun-seok dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Piala Asia Bawah 23 tahun di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan kelmarin. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan 1-4 kepada Korea Selatan dalam aksi pembukaan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) kelmarin bukan perkara yang mengejutkan melihat kepada kekuatan barisan pemain yang dimiliki juara bertahan.

Begitupun tentangan yang diberikan oleh pemain negara yang melepaskan dua gol di hujung permainan gara-gara kesilapan kecil memberi keyakinan kepada pengendali skuad Malaysia B-23, Brad Maloney persaingan meraih tiket ke peringkat kalah mati belum padam.

Esok, pemain-pemain muda negara akan menentang Thailand yang terdahulu mengikat Vietnam 2-2 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.

Sebelum berlepas ke Tashkent, Maloney ditanya pemberita apakah sasarannya di pe­ringkat kumpulan, dan pengendali dari Australia itu menegaskan, me­ngutip empat mata daripada tiga perlawanan mungkin boleh membantu mereka mencari tiket suku akhir.

Bermakna, Malaysia masih berpeluang merealisasikan misi tersebut jika mencatat satu kemenangan dan satu seri daripada dua perlawanan seterusnya ­menentang Thailand serta Vietnam.

Maloney percaya, jika pemainnya dapat mengurangkan kesilapan dan me­nunjukkan disiplin lebih baik, kekalahan besar kepada Korea Selatan tidak akan berlaku lagi dalam aksi setrusnya.

“Sudah pasti kami menjangkakan perlawanan akan menjadi cukup sukar kerana mereka (Korea Selatan) adalah juara bertahan.

“Apa pun saya bangga dengan persembahan pemain saya yang tidak pernah mengaku kalah.

“Mereka berjaya memperoleh satu gol dan kemudian ­terus cuba menekan untuk mengejar gol dan beberapa kesilapan mengundang padah buat kami.

“Apa yang boleh saya katakan, apabila beraksi dengan ­pasukan hebat sudah tentu mereka akan menghukum kita apabila melakukan kesilapan kecil,” kata Maloney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya