MBSJ denda kedai gunting rambut tular

MBSJ denda kedai gunting rambut tular

ANGGOTA polis dan penguat kuasa MBSJ ketika melakukan operasi bersepadu ke atas sebuah premis gunting rambut yang tular.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilaksanakan terhadap sebuah premis gunting rambut yang tular kelmarin. 

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis gunting rambut berkenaan telah menjalan aktiviti perniagaan tanpa mempunyai lesen sah. 

Sehubungan itu katanya, MBSJ telah mengeluarkan dua notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan (MPSJ) 2013 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Sebarang aduan atau permasalahan boleh terus melaporkan melalui aplikasi aduan awam MBSJ atau Pusat Panggilan Kawalan MBSJ  di talian 03-8024 7700,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah kedai gunting yang terletak di Puchong tular di media sosial selepas memaparkan gambar wanita berpakaian seksi dipercayai pekerja di premis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya