Lesen kilang sawit digantung cemarkan Sungai Bahai - Utusan Malaysia

Lesen kilang sawit digantung cemarkan Sungai Bahai

KAKITANGAN JAS Johor memeriksa kandungan air Sungai Bahai yang tercemar akibat tindakan pihak kilang kelapa sawit di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lesen sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit di daerah ini digantung serta-merta selepas air larutan resapannya didapati mengalir tanpa kawalan ke alur Sungai Bahai, di sini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor memaklumkan, siasatan lanjut mendapati punca pencemaran terbabit adalah dari kawasan ‘Empty Fruits Bunches’ (EFB) kilang berkenaan.

“Pihak kilang juga didapati menggunakan kaedah pelupusan di atas ‘staked fronds’ dengan menyembur ke lorong pelepah dan tidak terus ke atas tanah bagi efluen yang diolah bagi pelupusan atas tanah (furrow system) sebagaimana ditetapkan dalam syarat lesen.

“Sehubungan itu, pihak kilang sawit dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan dan lesen kilang sawit digantung serta-merta,” kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Tambah JAS, pihak industri terutamanya pemilik kilang sawit diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

“Tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen akan diambil oleh JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan bekalan air minuman atau kesihatan orang awam,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya