jalan sehala

Lencongan jalan, jalan sehala dilaksana di daerah Barat Daya 

BEBERAPA lencongan jalan dan jalan sehala di daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan dilaksanakan bermula hari ini susulan peningkatan kenderaan yang memasuki daerah itu berikutan musim durian dan cuti persekolahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Beberapa lencongan jalan dan jalan sehala akan dilakukan di daerah Barat Daya susulan peningkatan kenderaan yang memasuki daerah itu berikutan cuti persekolahan dan musim durian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kesesakan lalu lintas di daerah berkenaan dijangka meningkat khususnya ekoran penganjuran pesta durian bermula hari ini hingga 12 Jun ini yang didapati menyumbang kepada peningkatan kenderaan.

”Oleh itu, kita telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa lencongan jalan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

“Sempena pesta durian bermula hari ini hingga lusa, terdapat jalan yang dilencongkan bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam serta setiap Sabtu dan Ahad hingga hujung Jun ini.

”Jalan yang dilencongkan ialah Jalan Tun Sardon dilencongkan ke Jalan Pondok Upeh; Jalan Sungai Pinang/Sungai Rusa dilencongkan ke Jalan Baharu, Sungai Korok dan Jalan Sungai Nipah dilencongkan ke Jalan Balik Pulau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pergerakan lalu lintas Jalan Sehala Simpang Gertak Sanggul, Pulau Pinang.

Menurut Kamarul, bagi jalan sehala pula, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Gertak Sanggul  yang akan disehalakan untuk kenderaan masuk sahaja.

”Jalan keluar akan menggunakan Jalan Kampung Masjid dan Jalan Tingkat Teluk Kumbar sekiranya kesesakan lalu lintas berjaya dikurangkan dan inisiatif ini akan dijalankan sehingga tempoh masa  tertentu,” katanya.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai mematuhi papan tanda lencongan yang disediakan bagi memastikan aliran trafik lancar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya