Langkah kekang maksiat diperkenal di Kedah  - Utusan Malaysia

Langkah kekang maksiat diperkenal di Kedah 

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (kiri) menyampaikan Anugerah Jejak Murabbi Ummah Kategori Institusi kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Ustaz Abdul Rahman Yahya Taha di Kampung Pisang, Kupang, hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kerajaan negeri akan mengumumkan beberapa langkah baharu yang bakal diambil bagi mengekang aktiviti maksiat yang membawa kemudaratan kepada masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu penting bagi memastikan Kedah menjadi negeri yang selamat dan sejahtera seiring dengan slogannya iaitu ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

“Kita akan perkenal beberapa langkah baharu yang akan diumum kemudian. Seperti hujung tahun ini, semua premis judi di negeri ini akan menamatkan operasi mereka selepas kita tidak lagi memperbaharui lesen berkenaan,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Jejak Murabbi Ummah Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah di Kupang, hari ini.

Menurutnya, setakat hari ini tiada individu terbabit atau pemilik premis perjudian membuat rayuan untuk melanjutkan tempoh operasinya dan jika ada sekali pun permintaan itu tidak akan dilayan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan kerajaan negeri sentiasa memantau individu atau penceramah yang cuba membawa aliran bercanggah daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Pegangan agama Islam di negeri ini masih terpelihara berikutan masih mempunyai ramai ulama dan guru-guru pondok yang membuat pengajian kitab-kitab turath dan mengamalkan konsep belajar secara berguru.

“Kita tidak ada guru agama yang lahir daripada media sosial atau belajar pun hanya melalui medium itu, kita akan terus pegang dengan ASWJ dan tidak akan terima aliran lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya