Langgar lari penunggang motosikal, pemandu BMW tampil bantu siasatan - Utusan Malaysia

Langgar lari penunggang motosikal, pemandu BMW tampil bantu siasatan

TANGKAP layar video tular sebuah motosikal dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di kejadian langgar lari dekat Plaza Tol Seremban-Labu kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kedua-dua pihak yang terlibat dalam kejadian langgar lari dekat Plaza Tol Seremban-Labu di sini kelmarin telah hadir membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, susulan itu, pihak polis menyiasat kes berkenaan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurut beliau, kejadian kemalangan tersebut berlaku lebih kurang pukul 8.35 pagi dan mangsa berusia 44 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda CRF 250 bergerak dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Seremban.

“Selepas melepasi lorong motosikal di lokasi kejadian, datang sebuah kereta jenis BMW yang dipandu seorang lelaki berusia 78 tahun dari lorong sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) telah mengubah haluan ke kiri untuk membelok ke Jalan Bukit Nenas.

“la menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa tidak sempat berhenti lalu terlanggar bahagian sisi kiri kereta tersebut.

“Akibat daripada kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan kanan dan kaki kanan manakala pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, video kejadian berdurasi dua minit yang memaparkan sebuah kereta BMW merempuh penunggang motosikal sebelum melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya