jambatan Pulau Pinang

Lagi orang muda terjun Jambatan Pulau Pinang

KERETA jenis Peugeot berwarna merah yang ditinggalkan seorang pemuda berusia 22 tahun sebelum dia dipercayai terjatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian awal pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pemuda berusia 22 tahun dikhuatiri lemas setelah dikatakan bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.2 menghala ke arah pulau di  sini pagi tadi.

Mangsa lelaki tempatan sebelum itu meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot berwarna merah bersama barangan peribadi  di tepi tembok jambatan pertama berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku kira-kira pukul 5.39 pagi tadi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sejurus tiba pihaknya membuat pemantauan dari atas jambatan bagi mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan arus laut.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pengkalan Marin JBPM Mak Mandin di Butterworth. 

“Laporan berhubung status kejadian tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, kejadian mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang hari ini adalah kali yang ke-16 sejak Januari lalu.

Pada 25 Mei lalu, mayat seorang wanita muda yang juga pemandu kereta jenis Perodua Axia akhirnya ditemukan selepas hampir 33 jam dilaporkan terjatuh dari kilometer 8.0 Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 12.39 tengah hari.

Mangsa, Neoh Hui Wen, 22, dijumpai dalam keadaan terapung dan masih lengkap berpakaian di kawasan perairan berhampiran resort Pulau Jerejak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya