KPT berkualiti

KPT komited luaskan akses, tingkat tawaran TVET berkualiti

ABDUL RAZAK Jaafar (tengah) bersama Zainab Ahmad dan Khairul Anuar Ishak dalaam Majlis Konvokesyen PMTG kali keempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited meluaskan akses dan meningkatkan penawaran program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang berkualiti di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, ketika ini sebanyak 461 program pengajian TVET ditawarkan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di empat buah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) selain 536 program pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda melalui platform politeknik serta kolej komuniti.

Katanya, kesemua program yang ditawarkan itu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

“Ketika ini juga, strategi untuk memperkasa institusi melalui gerak kerja bersinergi bersama pelbagai pihak dalam mengangkat agenda TVET pada semua peringkat sedang digiatkan di  politeknik dan kolej komuniti. 

“Dengan memantapkan jaringan kolaborasi strategik bersama rakan industri dan akademia, saya yakin bakal graduan politeknik khususnya lebih bersedia untuk memasuki ke alam pekerjaan,” katanya pada majlis Konvokesyen Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG) kali ke-4 di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, seramai 321 graduan daripada kohort pengajian sesi Disember 2018 hingga Disember 2020 menerima diploma masing-masing yang disampaikan oleh Abdul Razak.

Difahamkan, 162 daripada keseluruhan jumlah graduan itu menerima diploma dalam bidang Pengajian Video dan Filem manakala selebihnya pula menerima diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (Teknologi Digital).

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad dan Pengarah PMTG, Khairul Anuar Ishak.

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, sebagai salah satu daripada lima politeknik metro di negara ini, PMTG tetap gigih dalam meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutama dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. 

“PMTG telah mencapai tahap kebolehpasaran kerja sebanyak 97.46 peratus seterusnya menempatkan politeknik ini dalam senarai 10 teratas dalam kalangan politeknik-politeknik di Malaysia. 

“Pada masa sama, PMTG juga mempunyai hubungan yang baik dengan pihak industri sama ada dari segi hubungan penasihatan industri, pelaksanaan Latihan Industri (LI) untuk pelajar atau sesi ‘Work-Based Learning’ (WBL) selain wujud kerjasama yang erat antara PMTG dan industri melalui program-program ‘reskilling and upskilling’ dan sebagainya,” katanya.

Walaupun dianggap sebagai sebuah politeknik bersaiz ‘kecil’, PMTG telah berjaya melahirkan sehingga 622 graduan khususnya dalam bidang teknologi sepanjang hampir satu dekad penubuhannya sehingga kini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya