KPLB kenal pasti masalah capaian internet di institusi pendidikan Mara

KPLB kenal pasti masalah capaian internet di institusi pendidikan Mara

MAHDZIR Khalid bersama penerima anugerah pendidik pada Majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melakukan usaha untuk mengenal pasti beberapa buah institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang masih mengalami capaian internet rendah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak pengurusan Mara mengambil maklum masalah tersebut dan akan mengambil tindakan susulan berkaitan isu tersebut tidak lama lagi.

Menurut beliau, terdapat sesetengah institusi pendidikan itu menghadapi masalah capaian internet yang rendah.

“Kalau ada 55 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Profesional Mara semua ada jaringan internet tapi ada tempat yang mempunyai jaringan internet yang rendah dan ada yang mempunyai jaringan internet yang tinggi.

“Jadi tempat yang mempunyai jaringan internet yang rendah sudah dikenal pasti malah Mara pun sudah turut kenal pasti, kita nak naik taraf yang itu sahaja,” katanya semasa sidang media selepas majlis sambutan Hari Pendidik Mara 2022 di sini.

Majlis sambutan itu diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada golongan pendidik Institusi Pendidikan Mara (IPMa) yang menjadi tunjang kepada pembangunan di institusi Mara dan masa depan negara.

Di majlis sambutan tersebut terdapat dua anugerah yang disenaraikan iaitu Anugerah Pendidik Cemerlang Mara (ACPM) dan Anugerah Tokoh Pendidik Mara (ATPM).

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembangunan), Mas Rizal Mohd Hilmi dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Sebelum ini, Mahdzir melalui kementeriannya bercadang untuk meningkatkan capaian internet di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjelang pertengahan tahun hadapan.

Jelasnya, perkara tersebut sudah dibincangkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk bekerjasama dengan badan berkaitan kerajaan (GLC) bagi menjayakan program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya