Komitmen bulanan, tanggung keluarga faktor kerja kekal di Singapura

Komitmen bulanan, tanggung keluarga faktor kerja kekal di Singapura

SEBILANGAN rakyat Malaysia mengambil keputusan kekal bekerja di Singapura kerana pendapatan diperoleh dapat menampung komitmen bulanan dan perlu menanggung ahli keluarga yang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majoriti rakyat negara ini membuat keputusan terus bekerja di Singapura pasca pandemik Covid-19 kerana terikat dengan komitmen jangka masa panjang.

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu, Tan Zhi Yong, 33, berkata, dia membeli rumah di Johor Bahru dan mempunyai dua kenderaan setelah bekerja di Singapura sejak tujuh tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai seorang juruteknik sebuah syarikat swasta di negara berkenaan kini menerima gaji bulanan lebih RM9,600.

“Saya sudah bekerja di Singapura sejak 2015 dan dalam tempoh membeli sebuah kediaman di Johor Bahru, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Walaupun keadaan agak mencabar buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura khususnya ketika tempoh pandemik Covid-19 lalu, saya tidak mempunyai pilihan selain meneruskan kerja di sana.

“Jika saya mendapat pekerjaan sama di negara ini dengan jumlah gaji sekitar RM3,000 sebulan, saya bimbang tidak dapat membayar komitmen bulanan sedia ada,” katanya yang masih bujang dan berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.

Zhi Yong berkata, sepanjang tempoh penutupan sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura, dia terpaksa menyewa sebuah bilik di Singapura dengan bayaran SGD450 (RM1,440) sebulan.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Low Chui See, 28, pula berkata, dia tidak mempunyai pilihan untuk berhenti kerja di Singapura kerana perlu menanggung jumlah ahli keluarga yang besar.

“Saya tidak berpendidikan tinggi, sekadar Sijil Pelajaran Malaysia. Sekiranya berhenti kerja di Singapura dan pulang ke Malaysia, apa kerja yang boleh saya lakukan untuk menampung ahli keluarga.

“Walaupun kerja yang saya lakukan di Singapura ini hanyalah pekerjaan biasa tetapi dengan gaji lebih SGD2,000 sebulan, saya dapat membantu keluarga di kampung halaman,” katanya yang berasal dari Pulau Ketam, Selangor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya