Sungai Langat

Kilang punca air putih, bau klorin di Sungai Langat

PASUKAN penguatkuasa LUAS memeriksa lokasi penemuan air putih itu yang dipercayai berpunca dari sebuah kilang yang terletak di Kajang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keadaan air Sungai Langat yang berwarna putih dan berbau klorin disyaki berpunca dari sebuah kilang yang terletak di Kajang, semalam.

Perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mengambil tindakan lanjut selepas menerima maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kira-kira pukul 3.30 petang dan mendapati berpunca akibat pelepasan efluen daripada sebuah kilang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pemeriksaan menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seperti klorin di kawasan Sungai Langat. 

“Premis itu dipercayai melepaskan aliran air putih ke sungai tanpa melalui titik pelepasan akhir efluen premis yang ditetapkan. Kod Kuning diaktifkan selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“LUAS kemudian menjalankan tiga pensampelan dan akan dihantar kepada Jabatan Kimia untuk analisa lanjut. Selain itu, arahan dikeluarkan ke atas kilang berkenaan supaya segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, arahan itu berdasarkan Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999 dan kerja pembersihan turut perlu dilaksanakan premis terlibat bagi mengelak pencemaran berulang.

Dalam pada itu, Loy Sian menjelaskan, jarak lokasi punca pencemaran ke muka sauk tiga Loji Rawatan Air (LRA) berdekatan dianggarkan antara 18 hingga 40 kilometer (km).

“Ketiga-tiganya iaitu LRA Semenyih, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang.

“Tindakan kawalan pantas itu berjaya mengelak potensi henti tugas LRA dan langkah mitigasi susulan serta pemantauan berterusan dijalankan LUAS bersama semua pihak terlibat,” ujarnya.

Katanya lagi, kertas siasatan insiden itu akan dibuka mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya