KHIND perkenal skim sewa milik perkakas rumah - Utusan Malaysia

KHIND perkenal skim sewa milik perkakas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama serta usaha memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rangkaian produk mereka.

Skim itu menyediakan penyelesaian mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti yang boleh dipercayai dan bergaya di samping rakyat Malaysia masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.

Skim sewa milik tersebut kini ditawarkan kepada penduduk di Lembah Klang dan akan meliputi kawasan lain di Malaysia pada masa hadapan.

Justeru itu membolehkan pelanggan membayar secara ansuran untuk produk idaman mereka menerusi pelan ansuran dan mereka dapat pemilikan penuh selepas habis pembayaran ansuran.

Menurut KHIND, pihaknya sedar langkah memudahkan proses pembayaran menerusi ansuran akan membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup mereka dengan menjadikan rangkaian produk mereka lebih mampu dimiliki.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad, Adil Jimmy Mistry berkata, usaha itu ternyata menandakan mercu jaya penting bagi KHIND, dengan menawarkan rangkaian produk secara mampu milik oleh rakyat Malaysia.

“Itu adalah sebahagian daripada misi kami untuk memudahkan segalanya bagi pengguna produk KHIND, yang menjadi tumpuan segala yang kami lakukan.

“Kami ingin memberikan nilai terbaik untuk wang kepada pelanggan kami, tanpa menjejaskan kualiti, sambil mengikuti trend semasa.

“Dalam hal ini, kami berbangga dengan kisah kejayaan kami sebagai sebuah syarikat Malaysia, yang memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia sejak turun-temurun,” katanya dalam kenyataan.

Antara produk yang paling mendapat sambutan ialah mesin basuh dan pengering KHIND, yang menjanjikan pengalaman mencuci baju yang menyenangkan dengan pelan ansuran sewa milik selama 36 bulan (RM 99 sebulan), 24 bulan (RM 139 sebulan) dan 12 bulan (RM 259 sebulan), termasuk penghantaran percuma, pemasangan dan tempoh percubaan 30 hari.

Selepas tempoh pembayaran ansuran dipilih, pelanggan akan memiliki mesin basuh tersebut sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Lebih menarik, pelanggan yang mendaftar untuk pelan 36 bulan sebelum 30 Jun 2022 hanya perlu membayar RM 1 untuk bulan pertama, dengan bayaran ansuran bulanan RM99 diteruskan mulai bulan kedua.

Untuk memastikan mesin beroperasi dengan kecekapan optimum, KHIND juga menawarkan pelan penjagaan tahunan percuma (bernilai RM 400 setiap servis) sepanjang tempoh pembayaran, tanpa mengira pelan yang dipilih.

Perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang kos tambahan, termasuk pengarasan, pembersihan dan pembasmian kuman (tumbler) mesin, dan pembersihan pelbagai komponen termasuk injap salur masuk, penapis pam saliran keluar dan laci sabun pencuci.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khind.com.my/R2O atau WhatsApp +6018 223 3389. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya