Kes saman Ain Husniza: 75 MP desak AG tarik balik pembelaan

Kes saman Ain Husniza: 75 Ahli Parlimen desak Peguam Negara tarik balik pembelaan

AIN HUSNIZA SAIFUL NIZAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 75 ahli Parlimen mendesak Peguam Negara menarik semula pembelaan terhadap guru dan bekas guru besar berhubung saman balas yang difailkan Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya.

Ini selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan seorang Peguam Kanan Persekutuan untuk membela guru dan bekas guru besar dalam saman balas yang difailkan oleh mereka.

“Kami berpendapat pihak kerajaan khususnya Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pendidikan haruslah bersikap berkecuali dalam pertikaian ini.

“Fokus kerajaan seharusnya diletak pada usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah-sekolah di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan bersama.

Pada masa sama, mereka menegaskan bahawa bidang perguruan mesti dihormati, terutama dalam usaha mendidik dan membimbing masa depan anak-anak. 

“Namun, institusi-institusi pendidikan perlu memberi penegasan bahawa sindiran seksual dan jenaka mengenai rogol, terutama terhadap remaja perempuan, tidak boleh diterima sama sekali.

“Pelantikan seorang Peguam Kanan Persekutuan dalam tindakan sivil persendirian yang dimulakan oleh guru terlibat hanya memburukkan keadaan dan memberi persepsi negatif terhadap Kementerian Pendidikan serta kerajaan,” katanya.

Tambahnya, kes Ain Husniza sebenarnya telah mencetuskan lebih kebimbangan dan kegentaran dalam kalangan ibu bapa serta pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.

“Ini di samping menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem pendidikan kita. Kami turut menegaskan bahawa kami menghormati hak sesiapa sahaja untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk guru tersebut,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya