Kes denggi di Kedah meningkat

Kes denggi di Kedah meningkat

Denggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kes denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 143 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, sebanyak 490 kes dilaporkan dengan satu kematian sehingga 11 Jun lalu berbanding 201 kes pada 2021.

“Sementara itu, kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga 11 Jun lepas adalah sebanyak 55 wabak, berbanding dengan lapan wabak dalam tempoh sama pada 2021.

“Daripada 55 wabak denggi yang dilaporkan, terdapat tiga hotspot  berjaya dikawal, 44 wabak  tamat dan lapan wabak lagi masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

DR. OTHMAN WARIJO

Katanya, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan. 

Sebagai contoh, katanya, aktiviti kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan ijalankan untuk setiap kejadian kes tunggal atau wabak. 

“Di samping itu, aktiviti pencegahan juga dipertingkat di lokaliti keutamaan dan berisiko di seluruh negeri dan 2,887 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai RM1,382,850 kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan Aedes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya