Kes bunuh kanak-kanak, wanita dalam gaung disebut semula 18 Julai 

Kes bunuh kanak-kanak, wanita dalam gaung disebut semula 18 Julai 

KHALID Redza Shuib (kiri) bersama anak perempuannya berusia 18 tahun ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 13 April lalu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan dan wanita yang ditemukan dalam gaung dihadapi seorang peniaga, Khalid Redza Shuib, 41, disebut semula di Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Julai ini.

Majistret, Mohd. Firdaus Salleh menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen laporan perubatan, kimia dan forensik yang belum diperoleh hari ini. 

Dalam prosiding berkenaan, peguam pemerhati, Muhammad Farid Wajdi Hanif yang mewakili keluarga mangsa Siti Syarifah Aibiddin, 35, turut hadir di mahkamah.

Pada 13 April lalu, Khalid Redza dan anak perempuannya yang masih di bawah umur didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Hanan Hasrul Izwan berusia lima tahun susulan penemuan tengkorak dan cebisan tulang pada 7 April lepas. 

Khalid Redza turut didakwa membunuh seorang wanita, Meriamah Abdullah Basam, 29. 

Tertuduh sama turut berdepan pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah yang mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di No.518-1, Jalan Temiang, Taman Nee Yan di Seremban antara 3 hingga 17 Mac lalu.

Sementara itu, bagi dua kes di Mahkamah Sesyen Seremban iaitu pengabaian kanak-kanak dan mencederakan wanita melibatkan Khalid Redza, turut disebut semula pada 18 Julai ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada Siti Syarifah dengan cara menyimbah air panas sehingga kulit melecur yang boleh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 

Bagi pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pengabaian ke atas seorang kanak-kanak, Sufiy Hasrul Izwan berusia 20 bulan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara 1 Disember 2020 hingga 23  Mac 2022. 

Pada 7 April lalu, media melaporkan penemuan tengkorak, geraham dan cebisan tulang kanak-kanak perempuan hasil siasatan lanjut ke atas suspek utama kes penemuan mayat tanpa identiti dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah.

Suspek lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita dibawa ke kawasan belukar dekat tangki air dan menunjukkan lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya