Kerajaan tidak pinggir nelayan

Kerajaan tidak pinggir nelayan

ZAHARI Sarip menjawab soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib seramai 3,164 nelayan di negeri ini dengan meneruskan bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri,  Datuk Zahari Sarip berkata, pemberian elaun itu bertujuan membantu nelayan meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan peningkatan kos sara hidup ketika ini. 

Katanya, nelayan yang layak dipertimbang untuk menerima bayaran ESHN adalah pemilik vesel perikanan Zon A, pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat dan pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara.

“Nelayan juga diberi bantuan subsidi minyak diesel dan petrol dengan harga RM1.65 bagi menampung sebahagian kos pengoperasian penangkapan ikan kepada nelayan yang mempunyai kad nelayan yang sah. 

“Pemberian subsidi ini diberikan kepada nelayan yang aktif ke laut, dianggarkan tiga juta liter kuota bagi subsidi minyak diesel sebulan dan 1.5 juta liter kuota bagi subisidi minyak petrol sebulan,” katanya.

Beliau  menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan negeri untuk membela nasib nelayan kecil yang terhimpit berikutan kekurangan hasil tangkapan di perairan Johor.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, bagi merancakkan sektor perikanan, kerajaan negeri  meluluskan lot-lot ternakan Estet Kerang-Kerangan Negeri Johor. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya