Kepala dihempuk batang besi paip gara-gara hantaran di Facebook - Utusan Malaysia

Kepala dihempuk batang besi paip gara-gara hantaran di Facebook

GARA-GARA hantaran di Facebook, seorang lelaki cedera dipukul rakannya di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara hantaran di Facebook,  seorang lelaki cedera dipukul rakannya di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 48 tahun pukul 12.40 tengah malam semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam kelmarin ketika mangsa berada di restoran bersama empat lelaki dengan dua daripada mereka dikenali pengadu.

“Pengadu dan suspek berjumpa kerana mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah peribadi mengenai perselisihan faham hantaran di Facebook.

“Bagaimanapun, perbincangan itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan memukul mangsa serta rakannya menggunakan batang besi paip hingga mengakibatkan mangsa cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasir berkata, pengadu mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Bandar Mahkota Cheras dan menerima 12 jahitan di kepala akibat kecederaan.

Jelasnya, polis telah mengenal pasti suspek iaitu lelaki berusia 39 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.

“Usaha mengesan sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Faizal di talian 019-7691924 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya