Kejayaan Wai Ching kebanggaan Malaysia

Kejayaan Wai Ching kebanggaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching yang disahkan sebagai nombor satu dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian Wai Ching dan berharap beliau terus mengekalkan momentum kejayaan.

“Keluarga Malaysia, jadikan kejayaan yang diukir oleh ahli keluarga kita sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Untuk rekod, atlet berusia 27 tahun itu memenangi acara pendakian 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center dengan catatan 12 minit 46 saat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN