Kad pengenalan palsu, wanita Filipina dijel 3 bulan - Utusan Malaysia

Kad pengenalan palsu, wanita Filipina dijel 3 bulan

ELENITA Maisog (depan, kanan) diiring keluar penguatkuasa JPN selepas mengaku bersalah Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka menggunakan kad pengenalan palsu sejak 21 tahun lalu. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang ibu tunggal warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menetap di Malaysia menggunakan kad pengenalan palsu selama 21 tahun. 

Majistret Nabiha Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Elenita Maisog, 51, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki kad pengenalan palsu atas nama Nuria Rahman yang beralamat di Sungai Udang, Melaka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3 petang di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka pada 9 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu Elenita didakwa mengikut peraturan 25 (1) (e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. 

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia seorang ibu tunggal dan perlu menjaga tiga anaknya yang masih kecil. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara  tiga bulan dari tarikh ditangkap iaitu pada 9 jun 2022 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya