Jumlah petugas urus jenazah Covid-19 dikurangkan

Jumlah petugas urus jenazah Covid-19 dikurangkan

JUMLAH petugas pengurusan jenazah Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah seramai 91 orang masing-masing 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kini sedang menyemak prosedur operasi standard (SOP) berhubung pengurusan jenazah Covid-19 susulan penurunan ketara jumlah kematian akibat virus itu ketika ini.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, antara SOP yang akan diteliti termasuk mengurangkan jumlah petugas pengurusan jenazah. 

Menurutnya, buat masa ini, jumlah petugas pengurusan jenazah Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah seramai 91 orang masing-masing 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita. 

“Sebelum ini, jumlah petugas pengurusan jenazah pernah mencecah seramai 120 orang,” katanya. 

Setakat semalam, jumlah jenazah Covid-19 diuruskan pasukan itu adalah seramai 4,184 jenazah membabitkan 2,309 jenazah lelaki dan 1,875 jenazah wanita. 

Kumpulan teramai jenazah adalah dalam kalangan usia 41 hingga 60 tahun iaitu 1,700 jenazah diikuti 1,584 jenazah (61 hingga 80 tahun), 578 jenazah (21 hingga 40 tahun), 277 jenazah (81 hingga 100 tahun), 43 jenazah (0 hingga 20 tahun) dan dua jenazah berusia antara 101 tahun ke atas. 

Dalam pada itu, jumlah jenazah teramai diuruskan di Hospital Kuala Lumpur dengan 1,895 jenazah diikuti Hospital Ampang (718 jenazah), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (563 jenazah) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (541 jenazah). 

Jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya