Johor rekod lebih RM2 bilion pelaburan sektor pembuatan

Johor rekod lebih RM2 bilion pelaburan sektor pembuatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Johor merekodkan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM2.237 biion bagi sektor pembuatan, manakala RM23 juta bagi sektor perkhidmatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan hampir 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, tahun lalu merupakan tempoh sukar untuk sektor ekonomi dengan nilai pelaburan direkodkan dalam tiga bulan pertama hanya RM1.705 bilion bagi sektor pembuatan dan RM39 juta bagi sektor perkhidmatan.

“Statistik yang dikongsi itu adalah satu trend positif yang menampakkan usaha berterusan kerajaan pimpinan Menteri Besar Ke-18 di mana satu asas kukuh telah disediakan untuk kerajaan hari ini menggandakan lagi usaha menarik pelaburan ke Johor. 

Ting Han pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.

“Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bertujuan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negeri dengan memberi fokus terhadap ekonomi mengikut kekuatan wilayah dan memperkasa peranan pentadbiran di peringkat daerah.

“Antara gerak kerja yang akan dilaksana adalah memperkasakan ekonomi di kawasan luar wilayah Iskandar Malaysia dengan pelaksanaan projek pemangkin seperti Taman Perabot Muar, Maharani Energy Gateway, Hab Pendidikan Pagoh, Hab Pertanian dan Industri Asas Tani Segamat serta Hab Ekonomi Kreatif Kluang,” katanya dalam sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Ting Han berkata, Johor mempunyai kelebihan dalam sektor ekonomi kerana mempunyai ekosistem pelaburan, termasuk bagi sektor pembuatan, perkhidmatan serta sektor utama yang lengkap. 

“Johor ada pembangunan minyak dan gas secara besar-besaran di Pengerang yang telah mewujudkan rantaian bekalan berkaitan industri itu, termasuk pembangunan industri berasaskan petrokimia di Pengerang dan Tanjung Langsat di Pasir Gudang. 

“Bagi sektor digital pula, kami sedang giat menarik pelaburan pusat data ke negeri ini supaya rantaian bekalan dapat diwujudkan, iaitu selepas pembangunan infrastruktur asas, kami juga akan berusaha ke arah meningkatkan perkhidmatan digital.

“Selain itu, kestabilan politik yang dimiliki negeri ini juga merupakan perkara yang amat dipandang serius para pelabur kerana ia berkaitan polisi kerajaan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya