Johnny Depp menang kes saman fitnah - Utusan Malaysia

Johnny Depp menang kes saman fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon, Johnny Depp telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Mahkamah mengarahkan Heard membayar ganti rugi kepada Depp sebanyak AS$ 15 juta (kira-kira RM65 juta).

Ketujuh-tujuh juri sebulat suara bersetuju bahawa artikel yang ditulis Heard menerusi sebuah kolum di Washington Post merupakan fitnah terhadap pelakon filem Pirates of the Caribbean itu.

Dalam artikel tersebut menyifatkan Depp sebagai figura yang mewakili keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, juri yang mendengar perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu itu juga bersetuju agar Depp membayar bekas isterinya itu AS$2 juta (sekitar RM8.78 juta).

Depp menerusi saman fitnah yang difailkan menuntut tidak kurang AS$50 juta (sekitar RM219 juta) terhadap Heard.

Mendakwa Depp mencalar reputasinya, Heard kemudian memfailkan tuntutan balas sebanyak AS$100 juta (kira-kira RM439 juta).

Depp dan Heard berkahwin pada Februari 2015 dan berpisah pada tahun 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya