Jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang meningkat 6.4 peratus

Jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang meningkat 6.4 peratus

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta orang ramai supaya tidak leka dan terus berjaga-jaga berikutan kes jangkitan Covid-19  menunjukkan trend peningkatan semula di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mengikut laporan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPP), berlaku peningkatan 6.4 peratus dari minggu epid ke-24 hingga minggu epid ke-25 (12 hingga 25 Jun) bagi jangkitan Covid-19 di negeri itu.

”Walaupun jumlah kes jangkitan tidak lagi diumumkan, kita masih lagi memantau situasi terkini jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang dan kita terus berwaspada.

”Jika kita lihat dari minggu epid ke-24 hingga minggu epid 25, bilangan kes naik sehingga 6.4 peratus iaitu dari 1,007 kes dalam minggu ke-24 kepada 1,072 kes pada minggu ke-25,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia dijangka  menghadapi gelombang baharu Covid-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

Khairy memaklumkan, jangkaan awal itu bukan untuk menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, sebaliknya mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak terlibat.

Menurut Kon Yeow, setakat ini tiada kluster aktif dalam kalangan komuniti dikenal pasti meskipun kes harian pada 25 Jun lalu mencecah 173 kes sehari.

Bagaimanapun katanya, pada minggu lalu terdapat 12 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital-hospital di negeri itu dan ia merupakan statistik penting yang perlu diambil kira semua pihak.

Tambahnya, tiada sebarang kes kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 dan pihaknya berharap JKNPP dapat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk keperluan membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya