Jangan mudah percaya lelaki - Dian Hashim

Jangan mudah percaya lelaki – Dian Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara pengalaman buruk yang dilalui dalam perhubungan sebelum ini, penyanyi baru, Dian Hashim, 23, mengaku serik dan masih sukar mempercayai mana-mana lelaki.

Kata empunya nama sebenar Nordiana Shalieza Che Hashim itu, dia enggan mengenang kisah lama dan hanya mengambil pengajaran dalam perhubungan lalu yang disifatkannya sebagai ‘toksik’.

“Sesuatu buruk telah berlaku. Saya malas nak ingat balik. Sebab masa itu saya rasa ‘down’. Jadi saya buang semuanya.

“Kami dah selesaikan cara baik. Dia sudah minta maaf. Begitu juga saya. Dia pun dah tak ganggu. Habis semuanya di situ.

“Saya dah ‘move on’. Untuk bercinta balik, buat masa ini agak sukar. Saya serik. Kalau boleh saya nak fokus kerjaya saja,” katanya.

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Petanda itu juga sempat memberikan nasihat kepada kaum perempuan agar tidak mudah percaya kepada mana-mana lelaki ketika bercinta.

Katanya, tindakan itu memakan diri sendiri seperti yang berlaku padanya sebelum ini.

“Paling penting, jaga diri. Selagi belum kahwin, jangan mudah percaya lelaki. Mungkin luaran nampak baik, niat kita tak tahu.

“Dengar nasihat mak ayah. Itu adalah iktibar yang saya ambil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya