Jamu 12 tan durian, makan sampai puas

Jamu 12 tan durian, makan sampai puas

SAZALI Sabri (dua dari kanan) menunjukkan durian segar yang terdapat di Pesta Durian Makan Sampai Puas di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hotel MITC di sini menawarkan Pesta Durian Makan Sampai Puas selama tiga hari berturut-turut bermula Khamis lalu bagi memberi peluang kepada semua golongan menikmati raja buah itu pada harga rendah. 

Pengurus Besarnya, Sazali Sabri berkata, pelbagai jenis durian termasuk Udang Merah, IOI, D24, durian kahwin dan durian kampung mencecah berat hingga 12,000 kilogram (kg) disediakan.

Ujarnya, kesemua bekalan durian dibawa segar dari ladang Eco Do Bem & Durian Park di Bemban, Jasin dekat sini.

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan program pesta durian pada orang ramai kerana sebelum ini kita hanya menawarkannya dalam bentuk pakej penginapan melibatkan kumpulan pelancong dari Singapura. 

“Kita mempunyai bekalan durian yang mencukupi daripada Eco Do Bem & Durian Farm untuk menampung pelanggan pada bufet ‘makan sampai puas’ ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Sazali berkata, pesta durian itu akan diteruskan sehingga Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam, mengikut sesi ditetapkan. 

“Pelanggan boleh menikmati durian selama satu jam setengah dengan kadar berpatutan iaitu dewasa RM48 dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun RM18. 

“Kita juga menyediakan tiga jenis air dan jualan ala carte durian untuk dibawa pulang, namun pelanggan disyorkan untuk membuat tempahan awal di talian 06-2331 551,” katanya. –UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya