Jambatan, pembetung atasi banjir dibina September 

Jambatan, pembetung atasi banjir dibina September 

SERAMAI 543 peneroka Felda Neram 2 menerima geran tanah rumah dan ladang kelapa sawit di Bandar Baru Cheneh, di Kemaman, Terengganu, semalam. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Penderitaan lebih 500 keluarga di Teluk Kalong di sini, yang sering berdepan masalah banjir bakal berakhir apabila projek saliran baharu mula dilaksanakan, September ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, projek bernilai RM12 juta yang melibatkan pembinaan jambatan dan pembentung itu dibiayai menerusi peruntukan kerajaan Pusat.

“Kita jangka projek ini dapat mengurangkan kesan banjir di kawasan sekitar Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong kerana saliran sedia ada tidak mampu lagi menampung jika hujan berlaku.

“Tender projek akan dikeluarkan bulan depan disusuli kerja-kerja pembinaan pada September dan siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah dan Ladang Kelapa Sawit kepada 543 peneroka Felda Neram 2 di Bandar Baru Cheneh, di sini semalam.

Sementara itu, sepasang suami isteri lega kerana penantian hampir 40 tahun untuk memiliki geran tanah dan rumah akhirnya tercapai.

Abdul Razak Ghani, 68, berkata, pemberian itu juga merupakan hadiah paling bermakna pernah dimilikinya dan isteri, Pamaliah Mohamad, 65, sepanjang menjadi peneroka sejak 1983.

“Segala penat lelah menanam kelapa sawit sejak muda akhirnya terbalas dan kami lega kerana dapat memiliki geran sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya