Jalan Gua Musang-Lojing ditutup akibat sungai melimpah

Jalan Gua Musang-Lojing ditutup akibat sungai melimpah

PETUGAS Roadcare memantau laluan di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran Pos Blau, Gua Musang, Kelantan hari ini. - IHSAN ROADCARE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Puluhan kenderaan yang menggunakan laluan di Kilometer 40 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau, di sini terkandas selepas laluan berkenaan ditutup susulan hujan lebat yang menyebabkan air sungai melimpah pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, pengguna laluan ke Cameron Highlands, Pahang atau bandar Gua Musang terkandas selama dua jam selepas jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan.

Pengurus Seksyen Roadcare Gua Musang, Nik Mohd. Fahrizal Nik Mohd. Fadzil berkata, kedalaman paras air 1.25 meter menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kerana ia tidak selamat dilalui oleh semua kenderaan.

“Selepas dua jam air kembali surut kepada 0.5 meter dan jalan dibuka kembali kepada semua kenderaan. 

“Kami telah memasang papan tanda di tempat kejadian melibatkan jarak 250 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan lumpur giat dijalankan dan pihaknya akan terus mengawasi keadaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan Raya di kawasan seliaan Roadcare.

Nik Mohd. Fahrizal memberitahu, pihak tidak menolak kemungkinan   hujan berterusan di kawasan hulu pada pagi ini menyebabkan laluan itu ditenggelami banjir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya