Jaheaik lupus satu tan abu al-Quran - Utusan Malaysia

Jaheaik lupus satu tan abu al-Quran

CHE Mohd. Rahim Jusoh (kanan) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kelantan, Muhammad Afiq Abu Hassan selepas merasmikan Seminar Rasm Uthmani dan Kaedah Pelupusan Al-Quran Mengikut Syarak 2022 di Kompleks Islam Kelantan di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) akan melupus satu tan abu al-Quran di kawasan perairan Tok Bali, Pasir Puteh, di sini esok.

Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, abu tersebut hasil daripada pembakaran tiga tan al-Quran yang lama dan rosak selepas ditenggelami banjir tahun lalu.

Menurutnya, proses pembakaran itu bermula awal Januari hingga Jun yang dikumpul melalui pusat pengumpulan di pejabat agama seluruh negeri.

“Selain itu naskah-naskah al-Quran yang kita lupuskan ini turut datang daripada pelbagai pihak. Jadi kita mohon kerjasama semua pihak termasuk jabatan, agensi, masjid dan orang ramai supaya mengumpulkan al-Quran dengan baik sebelum membuat serahan kepada Jaheaik.

“Proses pelupusan ini dibuat secara tertib dan mengikut hukum syarak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Rasm Uthmani dan Kaedah Pelupusan Al-Quran Mengikut Syarak 2022 di Kompleks Islam Kelantan di Lundang, di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum ini, Kelantan pernah melupuskan 20 tan al-Quran yang rosak akibat terjejas bah kuning pada tahun 2014.

Che Rahim memberitahu, seramai 90 peserta daripada pelbagai agensi termasuk kerajaan dan masjid menyertai seminar tersebut yang memberi pendedahan terhadap kaedah Rasm Uthmani serta pengawal seliaan al-Quran.

Katanya, penganjuran program itu bertujuan memastikan Rasm Uthmani diteruskan bagi memelihara kesucian dan kemuliaan al-Quran melalui pelupusan al-Quran rosak yang mengikuti hukum syarak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya