Isu kesesakan Lembah Klang: Kenderaan berat dilarang masuk ke pusat bandar bagi dua waktu puncak - Utusan Malaysia

Isu kesesakan Lembah Klang: Kenderaan berat dilarang masuk ke pusat bandar bagi dua waktu puncak

Larangan kenderaan barangan di atas jalan raya dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April (selepas perayaan). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7.5 tan ke atas dilarang menggunakan jalan raya pada waktu puncak terutama di laluan utama di sekitar Lembah Klang.

Itu larangan terbaharu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di sekitar Lembah Klang ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, dua waktu yang tidak dibenarkan kenderaan berat masuk iaitu pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.

Beliau berkata, larangan waktu terhad itu membabitkan 10 laluan pada waktu pagi dan lapan laluan pada waktu petang.

“Waktu pagi membabitkan semua jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Lebuhraya Plus, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

“Bagi waktu petang pula, ia membabitkan laluan Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Gombak, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Jalan Sungai Besi dan Jalan Kelang Lama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya mahu pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan mematuhi larangan itu dan dilarang menggunakan jalan raya sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar.

Zailani berkata, penguatkuasaan bagi kesalahan sekatan larangan itu dibuat berdasarkan peraturan di bawah Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Menurutnya, jika didapati ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya