Ini adalah untuk maruah saya yang sudah tercalar - Puteri Sarah Liyana - Utusan Malaysia

Ini adalah untuk maruah saya yang sudah tercalar – Puteri Sarah Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 36, memfailkan satu tindakan saman Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya dari anak kepada pelakon veteran Kazar, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar.

Menurut Puteri Sarah, kedua-dua tindakan tersebut dibuat bagi memerintahkan agar defenden (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau media.

“Tujuan mengapa saya lakukan semua ini adalah untuk maruah saya yang sudah tercalar yang selama ini saya diamkan.

“Sebenarnya perkara ini tidak akan berlarutan sebegini sekiranya saya tidak diganggu pihak ketiga (Ira) yang mencabar saya. Jadi inilah harinya,” katanya.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui media di JAIS pagi tadi.

Tambah Puteri Sarah lagi, dia enggan berdalih setelah sekian lama berdepan gangguan-gangguan yang dilayangkan Ira yang juga merupakan kekasih kepad suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof.

“Sebelum ini, memang saya ada terfikir untuk bertindak. Saya terfikir, jika teruskan dengan tindakan ini, apa akan berlaku kepada saya, rumah tangga, pekahwinan dan keluarga saya. Sebelum mengerjakan umrah, saya masih was-was.

“Tak nampak hala tuju. Tetapi selepas melaksanakan umrah, Allah telah nampakkan jalan kepada saya tentang apa yang perlu saya lakukan. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk diri saya, keluarga saya. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini,” katanya.

Pelakon itu turut mempertahankan tindakannya itu adalah demi memperjuangkan haknya.

“Saya ada membaca mesej-mesej yang dihantar dari wanita lain yang melalui perkara sama. Orang kata tolonglah, apa yang perlu kami buat. Jadi sekarang ini Insya- Allah saya telah bukan jalan kepada mereka. Dan selepas ini, sesiapa yang berniat untuk menyondol (suami orang), mungkin boleh lebih berhati-hati.

“Saya buat begini untuk mempertahankan hak saya. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam. tak perlu canang satu dunia. Kacau isteri, keluarga dan orang sekeliling. Dah ambil orang duduk diam-diam,” ujarnya.

Puteri Sarah yang diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti tersebut berlarutan sejak empat tahun lalu, dengan Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan ‘orang ketiga’.

Dia sebelum ini mendedahkan anak pelakon veteran Kazar itu berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

Terdahulu, tular di media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu berkahwin dengan Ira Kaza. Syamsul bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Umi Kartini berkata dia dan anak guamnya telah mendapatkan perintah interim unjuksi yang antara lain memerintahkan defendan agar berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah di media sosial atau mana-mana platform media.

Katanya, perintah dan permohonan tersebut telah dihantar kepada pada 28 Jun lalu dan telah diterima defendan.

“Dia (Ira) diperintahkan untuk hadir ke mahkamah seksyen pada empat Julai depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya