Import lembu, kerbau Thailand boleh ditarik jika wabak meletus semula

Import lembu, kerbau Thailand boleh ditarik jika wabak meletus semula  

LEMBU dan kerbau dibawa dari Thailand setakat ini bebas daripada sebarang penyakit. - IHSAN JPV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bila-bila masa boleh menarik semula kebenaran pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand sekiranya wabak meletus semula.

 Peringatan tersebut antara kenyataan dalam protokol baharu mengenai urusan pengimportan haiwan ruminan itu dari negara jiran berkenaan, terutama disembelih bagi sambutan Hari Raya Aidiladha.

 “Penggantungan ini boleh berkuat kuasa sama ada secara tempoh sementara atau kekal jika penularan wabak atau disyaki jangkitan penyakit tertentu muncul balik di Thailand,” katanya.

 Pindaan protokol untuk versi baharu itu diterbitkan semalam menerusi laman sesawang rasmi JPV selepas agensi tersebut memansuhkan larangan import berkenaan pada 15 Mac lepas.

 Kelonggaran ini membolehkan umat Islam di Malaysia ada pilihan ruminan dari Thailand bagi aktiviti ibadah korban bulan depan setelah JPV menggantung import itu pada 7 Jun 2021 lalu.

 Ia susulan risiko penularan penyakit kental kulit (LSD) serta penyakit kuku dan mulut (FMD) yang berlaku sepanjang tahun lepas dengan melibatkan sejumlah 41 wilayah di negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya