Ibu hamil tidak mengaku hisap dadah kali ketiga

Ibu hamil tidak mengaku hisap dadah kali ketiga

FATIN Farhana Ashaari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan atas pertuduhan menyalahgunakan dadah lebih dua kali. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang ibu hamil yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, semalam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah melebihi dua kali.

Tertuduh, Fatin Farhana Ashaari, 34, dari Palong, Gemas membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 22 Ogos 2021 kira-kira pukul 3.15 petang bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin didapati menggunakan dan memberikan dadah kepada diri sendiri jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dikenakan hukuman lebih berat di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan tidak lebih tiga kali sebatan.

Mahkamah menetapkan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi itu disebut semula 19 Julai ini dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Fatin Farhana sebelum ini pernah disabit kesalahan yang sama di Mahkamah Majistret Tampin pada 9 Julai 2009 dan di mahkamah yang sama pada 23 Julai 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya