GEORGETOWN: Sebanyak 120 premis di Pulau Pinang diarah tutup susulan direkodkan mempunyai kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 118 premis dibenarkan dibuka semula.
Katanya, daripada 120 premis itu, 49 adalah taska, tadika (38 premis), prasekolah (17 premis), tabika (10 premis), pusat jagaan (tiga premis), sekolah (dua premis) dan lain-lain (satu premis).
”Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan mana-mana premis yang mempunyai dua kes HFMD ditutup enam hari.
“Mengikut akta mereka dikehendaki menutup operasi selama 10 hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN