Harga siling bergerak: Hak semua pihak terbela

Harga siling bergerak: Hak semua pihak terbela

ROSOL Wahid menerima sijil Malaysia Book Of Records pada Majlis Pelancaran Kerjasama Pengagihan Daging Korban Sejuk Beku Tahun 2022 di Dewan Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemain industri dalam mencapai harga siling bergerak sekali gus memastikan hak semua pihak terbela. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sesi libat urus itu bagi mendapat maklumat dan pandangan bagi mencapai keputusan menang-menang. 

Katanya, usaha itu adalah langkah bagi menjaga dua pihak iaitu rakyat dan pemain industri. 

“Kita akan duduk bersama dengan semua pihak untuk mendapatkan titik persamaan bagi mendapatkan harga yang tidak membebankan rakyat.

“Kalau ia membebankan, ia tidak membebankan sampai rebah. Jika masih beban barulah kita fikirkan mekanisme melibatkan subsidi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Kerjasama Mega Pengagihan Daging Korban Sejuk Beku Tahun 1443H/2022 di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung langkah kerajaan memperkenal harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN